LoveIsCinta

LoveIsCinta

Thursday, 22 September 2016



STRATEGI PEPERIKSAAN
Saya adalah seorang Student, Pekerja dan pada yang sama adalah 
seorang  isteri. 

Apabila sebut tentang peperiksaan, degupan jantung mula berdenyut 
laju. 
  
    Semperna hari peperiksaan hampir tiba, ingin saya kongsikan bersama  strategi cemerlang peperiksaan.

    Peperiksaan Sebagai Satu Proses ‘Mind Setting’Sangatlah Penting....
   Aku Boleh Berjaya....Jangan Takut Pada Peperiksaan, Anggaplah Ia  Sebagai Satu Ujian....Hidup Mesti Diteruskan... 

Sebelum Menghadapi Peperiksaan kita perlulah ada persediaan 

     1.   Persediaan Mental
            - Menyerah kalah sebelum berjuang
            - Merasa belum bersedih
            - Harapan Ibu Bapa yang tinggi
            - Berfikiran positif

     2.   Latihan Minda
       
          - Duduk di kerusi
          - Tarik Nafas dalam-dalam
          - Percaya pada diri sendiri
          - perasaan yakin
          - Buat latihan minda

      SEDIKIT PENCAPAIAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA TIADA LANGSUNG

SALAH ATAU BETUL TIDAKLAH PENTING

Ø  SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA USAHA
Ø  KEGAGALAN ATAU KEJAYAAN SEBENARNYA ADALAH SAMA
Ø  RAMAI YANG TAKUT PADA RISIKO LANTAS TIDAK SANGGUP BERHADAPAN DENGAN KEGAGALAN.
Ø  KESILAPAN ADALAH ANAK TANGGA KEJAYAAN

SELAMAT MENCUBA, SEMOGA BERJAYA



Wednesday, 21 September 2016



INGIN BEKAM....

Semasa cuci mata di jualan yang diadakan di pejabat setiap minggu, hari ini adalah seorang wanita berbaju RELA mengedarkan risalah berkaitan "Perkhidmatan Bekam dan Urutan". 

Setelah membaca risalah tersebut, saya bersama rakan-rakan sepejabat bertanyalah dengan si pemberi risalah tersebut. Rupanya tuan pemberi risalah itu lah yang menyediakan perkhidmatan bekam.

So, bagi yang ingin kan perkhidmatan Bekam dan Urutan boleh la berhubung dengan Halimaton (017-377 9082)

Apakah itu Bekam ???

Bekam adalah kaedah membuang toksik dengan mengeluarkan darah kotor, uric asid, kolestrol dan angin dari permukaan kulit.

Adakah anda mengalami simtom seperti berikut :-

Darah tinggi, strok, kencing, resdung, gaut, pening kepala, sakit pinggang, lutut, rabun, senggugut, magrain, slip disc, tenaga batin dan lain-lain.

SEKIRANYA ANDA mengalami sakit seperti di atas silalah mencuba kaedah BEKAM. 
Jangan malu, jangan segan, jangan risau, jangan kedekut duit...
Kita harus berikhtiar, INSHA'ALLAH dengan IzinNya.

Pakej BEKAM

PAKEJ BEKAM
HARGA (RM)
Bekam Sunnah (15 point)
RM 80.00
Bekam Seri Wajah
RM 50.00
Bekam Kuda Hitam (L & P)
RM 110.00
Bekam Sihir
RM 110.00
Urutan Badan
RM 50.00

Jika ada yang berminat, boleh lah mencuba.

Perkhidmatan RUMAH ke RUMAH....so apa tunggu lagi....




TIP KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

Setelah bergelar seorang Isteri, mula la mencari tip-tip atau pun petua dalam mencari kebahagian rumah tangga. Kebahagiaan tidak datang tanpa usaha. Sama-sama lah kita hayati tip kebahagiaan dalam rumah tangga.

1. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

2. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

3. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Renungkan berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

5. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

6. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  
7. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera


9. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

10. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.


Percutian ke Medan Indonesia

Buat kawan-kawan di luar sana yang berminat bercuti atau pun melancung, Jom saya ingin kongsikan bersama tempat-tempat yang best dan menarik yang boleh dilawati di Medan Indonesia.

Percutian ke Medan 4 Hari 3 Malam.

Tiket ke medan kami berempat adalah ke Medan pergi balik dalam RM 116.00/pax.

Hasil carian maka kami dapat harga yang sangat berbaloi baloi, 

Pakej yang disediakan:
Tour Guide (kak Merry)
Hotel ( 3 jenis hotel)
Makan ( 3x sehari)
tiket masuk ke muzium
tiket untuk mencuba baju traditional dll
Kami hanya perlu bayar RM440 seorang

Hari Pertama

  •   Makan tengahari di Ayam Penyet Cindelaras Medan.

  • Medan Berastagi (perjalanan daripada bandar medan mengambil masa 3 jam).
  • Tempat menarik dan boleh dilawati di Berastagi adalah Pasar Buah. Pasar buah di Berastagi seperti di Cameron Hightland. Tempat nya memang dingin.
  • Tempat penginapan di Grand Orri


Hari Kedua

  • Kita mulakan pengembaraan ke Prapat (Perjalanan daripada Berastagi ke Prapat mengambil masa dalam 5 jam)
  • Water Fall Si piso piso
  •  Lake Toba
  • Samosir Island
  • Tomok village



Hari Ketiga
  •       Pulang semula ke Bandar Medan (Prapat ke Medan mengambil masa 5 jam)
  •          Melawat Maimoon place
  •           Shopping


Hari keempat
  •           Shopping
  •          Checkout (12.00 pm)

Ini la secara ringkas Itenary percutian kami. Percutian ke Medan sungguh mencabar kerana perjalanan yang jauh, jalan yang berbukit-bukit. Bagi yang berminat dan suka untuk belajar atau melihat adat orang Nusantra, boleh la datang bercuti ke Medan, Indonesia.
Have Fun…Selamat Bercuti.





Cara /Prosedur Pendaftaran Nikah Bagi Warga Johor

Assalamualaikum Buat Warga Johor (JDT)

Nukilan ini khas buat bakal pengantin yang berasal daripada Johor dan tempat pernikahan di Johor.

Sekiranya Bakal pengantin perempuan berasal daripada Johor, dokumen lelaki hendaklah disediakan terlebih dahulu. Sekiranya bakal pengantin lelaki juga adalah berasal daripada Johor, kedua-dua nya perlu mendaftar ke laman web e-NCR Johor. Ini lagi mudah sekiranya kedua-duanya orang JDT.

STEP 1: Pergi ke website e-NCR Johor   encr.johor.gov.my . Daftar sebagai pengguna. Seawal-awalnya 3 bulan sebelum tarikh nikah

STEP 2: Setelah daftar sebagai pengguna, bakal pengantin boleh lah log in dan masukkan ID dan password.



STEP 3: Kemaskini maklumat peribadi dan wali




STEP 4: Lengkapkan maklumat permohonan nikah
(klik pada Nikah - Permohonan Kebenaran Nikah Perempuan).
*sekiranya wali adalah bapa kandung, maka maklumat “Wakalah Wali”





Jika bakal pengantin lelaki bukan warga Johor, tidak perlu lengkapkan maklumat pengantin lelaki. Selesai lengkap semua maklumat, boleh la klik button “HANTAR PERMOHONAN”.

Macam saya sebelum ini, pengantin lelaki adalah orang Selangor, so maklumat lelaki yang telah lengkap saya terus hantar ke pejabat agama secara hard copy.

STEP 5: Semak status permohonan (klik kat bahagian 'NIKAH' macam STEP 4 tadi).



STEP 6: Cetak dokumen senarai semak, borang HIV Test secara online. Borang HIV Test ini mengikut negeri tau. Jangan lupa cetak nanti dua tiga kali kerja kena buat.






STEP 7 : Hantar semua dokumen seperti yang dinyatakan dalan senarai semak ke pejabat agama daerah (dalam masa sebulan selepas hantar permohonan nikah online, kalau tidak nanti automatik dikira batal).

STEP 8: Sesi Temuduga
Buat bakal pengantin usah la risau semasa sesi temuduga. Masa saya sebelum ini, hantar dokumen nikah, terus panggil temuduga pada hari itu juga. Soalan yang ditujukan ketika temuduga seperti berikut :-

          1)   Apa beza nafkah zahir dan nafkah batin?
         2)   Tanggungjawab Isteri dan suami.
         3)   Akhir sekali, sedikit takzikah pendek daripada ustaz untuk bakal pengantin.
         
Mudahkan soalan yang saya kena jawab. Hehehe..Nasib baik ustaz sporting.

STEP 9:  Jumpa la pak Imam (Tok Kadi) untuk set masa, tarikh dan tempat nikah.

Selesai. Tunggu masa untuk majlis pernikahan sahaja.

Moga step ini dapat membantu bakal-bakal pengantin diluar sana. Seperti saya juga sebelum ini, bukan main semangat cari maklumat kt internet berkenaan cara mendaftar nikah.



Perbezaan Telefon AP SET @ SME Set (Original)

Anda diluar sana, mesti tertanya-tanya apa perbezaan telefon jenis AP set dan SME set.
Tahukah anda, zaman sekarang yang serba canggih , kebanyakkan model handphone hampir sama dengan Original. Bagi sesiapa yang ingin membeli handphone hendaklah berhati-hati dalam memilih telefon atau kedai yang hendak dituju dan berhati-hati juga sekiranya membeli secara online.

Produk AP Set (Autorized Product) mempunyai kualiti yang sama seperti original tetapi anda perlu tahu bahawa bahawa AP set ini bukan lah pengedar yang diiktiraf.
Perbezaan handphone AP set  vs SME



       1.         Warranty
 Handphone original akan mendapat warranty dari     syarikat pengeluar utamanya sendiri contohnya seperti Samsung mendapat warranty daripada Samsung Malaysia Elektronic (SME) dan Iphone dan ipad mendapat warranty daripada Apple. Manakala warranty bagi AP Set adalah daripada syarikat yang mengedarkan telefon tersebut. Jika berlaku kerosakan telefon AP set, mestilah dirujuk kepada kedai yang mereka beli dan tidak akan diterima oleh mana-mana syarikat pengeluar utama telefon seperti Samsung dan apple.

        2.       Harga
      -          Harga APs et adalah jauh lebih murah berbanding set             original. Selalunya apabila membeli telefon jenis AP set ini, pengguna tidak akan mendapat "free gift" seperti original , contohnya free back cover.

       3.       Tempoh warranty

-          -          Biasanya tempoh warranty bagi telefon original adalah dalam 12 bulan atau 24 bulan. 

So, sebelum membeli atau survey telefon, anda hendaklah mengambil kira perkara seperti di atas. Ini bagi menjamin kepuasan diri anda.         


RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI - Grilled Lamb

Masih fikirkan menu yang sesuai untuk dinner bersama insan tersayang. Masakan air tangan isteri adalah terbaik buat suami tercinta. Seperti biasa, setiap hari saya akan bertanya pada suami ingin makan menu apa untuk makan malam bersama. So, tetiba si suami dengan spontan terus bagitahu ingin makan menu yang “Light@ simple” sahaja. Ha, terus terdetik untuk buat resepi yang jarang-jarang sekali saya masak. Yes,grilled lamb menjadi menu pilihan ku buat suami tercinta.