RESEPI
SAMBAL JAWA @ SAMBAL TOTOK
Sebut sahaja sambal jawa atau lebih
dikenali sebagai sambal totok, semestinya sedap dimakan bersama nasi panas
sebagai pembuka selera.
Biasanya sambal totok ini sedap dimakan
bersama sayur bening @ lebih dikenali sebagai sayur masak air.
Sambal totok ini mudah disediakan. Jom,
saya kongsikan bersama resepi sambal totok :-
Bahan-Bahannya
15 biji cili ( saya lebih suka guna cili
kampong)
3 biji bawang merah (kecil)
2 biji bawang putih.
1 genggam ikan bilis.
Cara penyediaan
Semua bahan seperti di atas di goreng
terlebih dahulu. Tujuan digoreng adalah bagi memudahkan semua bahan-bahan
ditombok menggunakan lesung batu. Saya lebih suka menggunakan lesung batu.
Ala-ala Cara tradisional gitu.
Setelah digoreng, kesemua bahan tersebut hendaklah
ditumbok dengan lumat.
Siap untuk dimakan bersama nasi panas dan
sayur.
Mudahkan dan cepat.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment