TIP KEBAHAGIAAN
RUMAH TANGGA
Setelah bergelar
seorang Isteri, mula la mencari tip-tip atau pun petua dalam mencari kebahagian
rumah tangga. Kebahagiaan tidak datang tanpa usaha. Sama-sama lah kita hayati
tip kebahagiaan dalam rumah tangga.
1. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.
Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk
anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
2. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah
sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
3. Setiap hari pulang dengan senyum dan
bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan
rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan
isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Renungkan
berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
5. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk
menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa
seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. Jadikan
penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada
emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
6. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita,
buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan
mengeratkan hubungan suami isteri.Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di
dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.
Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.
Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan
hubungan suami isteri.
8. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah
sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan
menbahagiakan pasangan anda. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat
keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang
bahagia membentuk keluarga sejahtera
9. Didik isteri dengan memberi nasihat dan
perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh
teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin. Tegur kesilapan isteri
dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara
ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan
memberontak.
10. Berikan nafkah kepada isteri mengikut
keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana
isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri
derita dan rumah tangga terancam.
No comments:
Post a Comment