APA SUMBANGAN KITA TERHADAP
IBU BAPA
Ibu bapa merupakan orang
yang wajib kita hormati dan
taati.Perintah mentaati
keduanya jelas termaktub di dalam
Quran dan Hadith.
Mengecilkan hati, melawan atau
mengherdik keduanya
dianggap sebagai derhaka.
Menderhaka kepada ibubapa adalah
satu dosa besar dan
tidak akan mencium bau
syurga; meskipun banyak beribadat
kepada Allah. Allah tidak
menerima ibadat orang yang
derhaka kepada
ibubapa.
Dalam satu hadith, Nabi
Muhammad saw bersabda bahawa
keredhaan Allah
bergantung kepada keredhaan kedua
ibubapa. Ini bermakna
jika ibubapa suka kepada kita, Allah
turut meredhai
kita. Sebaliknya jika mereka marah dan
berkecil hati kepada
kita, Allah turut murka kepada kita.
Pernah seorang sahabat
mengadu kepada Rasulullah
tentang perangai ibunya
yang suka meminta-minta
kepadanya. Baginda marah
dan menempelak sahabat itu
dengan mengatakan bahawa
bukan saja dalam harta
malahan dalam dirinya
sendiri ada hak kedua ibubapanya.
Jelas ibubapa mempunyai
hak terhadap apa saja yang ada
pada kita.
Sejak kita di dalam
kandungan, ibu menanggung segala
kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga
setelah
dilahirkan, ibu mengasuh
dan menjaga kita dengan penuh
kasih sayang. Jika kita
sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka
berkorban apa saja untuk
kita. Tetapi setelah kita besar dan
boleh berdikari,
sanggupkah kita mengecewakan hatinya.
Oleh kerana besarnya
pengorbanan ibubapa terhadap kita,
maka sewajarnyalah Allah
mewajibkan kita mematuhi
mereka. Ganjaran di atas
layanan kita terhadap ibu bapa
dibalas oleh Allah tunai
semasa di dunia lagi. Contohnya, jika
kita mentaati mereka,
anak-anak kita akan taat kepada kita.
Sebaliknya jika kita
menderhaka kepada mereka, anak-anak
kita akan derhaka kepada
kita pula.
Nabi Muhammad saw pernah
bersabda:
"Barangsiapa
semasa paginya mendapat keredhaan
ibu bapa, nescaya
dibukakan baginya semua pintu
syurga. Sebaliknya
jika semasa pagi lagi telah
menyakiti hati
ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke
dalam
neraka."
Kita sebenarnya tidak
berdaya membalas jasa ibu dan bapa.
Hakikat ini perlulah kita
insafi. Jika mereka tidak wujud di
dunia, kita juga tidak
akan lahir di dunia ini. Oleh sebab itu,
kita digalakkan mendoakan
mereka setiap kali selepas solat.
Jika mereka masih hidup,
layanilah mereka dengan
sebaik-baik mungkin. Tetapi jika
sudah meninggal dunia,
selalulah menziarahi
tanah perkuburan di samping
mendoakan
kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan
seperti sedekah dan
niatkan pahala untuk arwah ibu dan
bapa. Mereka akan
menerima pahala tersebut. Inilah sahaja
bukti ketaatan yang dapat
kita tunjukkan terhadapnya.
Akhirnya, ingatlah
pesanan Nabi saw:
"Khabarkanlah
berita gembira ini kepada mereka
yang berbuat baik
kepada ibubapa: Buatlah apa saja
bahawasanya Allah
Taala telah mengampuni mereka.
Dan khabarkan berita buruk kepada
mereka yang
menderhakai ibubapa,
buatlah seberapa banyak
ibadat yang disukai,
bahawasanya Allah Taala tidak
akan memberikan
keampunan sedikitpun
kepadanya."
"Ingatlah anak
yang berbuat baik kepada ibubapa
tidak akan masuk
neraka. Dan anak yang derhaka
kepada mereka tidak
akan masuk syurga."
No comments:
Post a Comment