LoveIsCinta

LoveIsCinta

Wednesday, 21 September 2016

RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI - Grilled Lamb

Masih fikirkan menu yang sesuai untuk dinner bersama insan tersayang. Masakan air tangan isteri adalah terbaik buat suami tercinta. Seperti biasa, setiap hari saya akan bertanya pada suami ingin makan menu apa untuk makan malam bersama. So, tetiba si suami dengan spontan terus bagitahu ingin makan menu yang “Light@ simple” sahaja. Ha, terus terdetik untuk buat resepi yang jarang-jarang sekali saya masak. Yes,grilled lamb menjadi menu pilihan ku buat suami tercinta.

Setelah mencari pelbagai resepi melalui internet, so saya olah menjadikan ianya mudah dan cepat.

Bagi yang ingin mencuba, boleh kita kongsi bersama resepi ini,

Bahan perapan - Grilled Lamb:

2 keping Daging Kambing (bahagian Rip)
– jika inginkan daging nya lembut dan dagingnya masak dengan sekata, tumbuk terlebih dahulu daging nya supaya cepat lembut)

2 biji bawang putih ( tumbuk kasar sahaja)

1 cm halia (tumbuk kasar sahaja)

1 sudu madu

1 sudu sos tiram

1 sudu kicap manis (saya guna kicap cap kipas)

1 sudu rempah Oregano

½ sudu serbuk lada hitam
*tempoh perapan adalah satu (1) jam, jika ingin lagi sedap sebaik-baiknya perap selama 1 hari.
Kemudian saya bakar menggunakan magic pan selama 30 minit. Pastikan menggunakan api yang kecil sahaja.

Ok, siap untuk dihidangkan. Tidak perlu makan di Restoran Steak House yang harga nya mahal. Dengan membeli 2 keping daging kambing di Hero Market dengan harga RM 12.00 sahaja dapat menyediakan menu yang setaraf dengan kedai-kedai steak di luar sana.


Apa yang penting Air Tangan Isteri adalah yang paling Istimewa.

No comments:

Post a Comment