LoveIsCinta

LoveIsCinta
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, 22 September 2016

RESEPI SAMBAL JAWA @ SAMBAL TOTOK

Sebut sahaja sambal jawa atau lebih dikenali sebagai sambal totok, semestinya sedap dimakan bersama nasi panas sebagai pembuka selera.

Biasanya sambal totok ini sedap dimakan bersama sayur bening @ lebih dikenali sebagai sayur masak air.

Sambal totok ini mudah disediakan. Jom, saya kongsikan bersama resepi sambal totok :-

Bahan-Bahannya

15 biji cili ( saya lebih suka guna cili kampong)
3 biji bawang merah (kecil)
2 biji bawang putih.
1 genggam ikan bilis.

Cara penyediaan

Semua bahan seperti di atas di goreng terlebih dahulu. Tujuan digoreng adalah bagi memudahkan semua bahan-bahan ditombok menggunakan lesung batu. Saya lebih suka menggunakan lesung batu. 

Ala-ala Cara tradisional gitu.

Setelah digoreng, kesemua bahan tersebut hendaklah ditumbok dengan lumat.
Siap untuk dimakan bersama nasi panas dan sayur.

Mudahkan dan cepat.

Selamat Mencuba.



Wednesday, 21 September 2016

RESEPI MEMIKAT HATI SUAMI - Grilled Lamb

Masih fikirkan menu yang sesuai untuk dinner bersama insan tersayang. Masakan air tangan isteri adalah terbaik buat suami tercinta. Seperti biasa, setiap hari saya akan bertanya pada suami ingin makan menu apa untuk makan malam bersama. So, tetiba si suami dengan spontan terus bagitahu ingin makan menu yang “Light@ simple” sahaja. Ha, terus terdetik untuk buat resepi yang jarang-jarang sekali saya masak. Yes,grilled lamb menjadi menu pilihan ku buat suami tercinta.