AIR MATA TAUBAT ADALAH AIR YANG PALING SUCI
Gembiralah dengan hidup ini
Kerana hidup ini indah dan
jadikanlah ia
Sebagai hamparan untuk setiap
kebaikan
Allah
Subahanahu wa Ta’ala mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang
menyucikan diri. Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba.
Bertaubat
adalah mencuci hati dengan air mata dan membakarnya dengan kobaran api
penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran dalam hati, pengekangan nafsu,
keluhuran di dalam hati dan titisan air mata. Kunci istoqamah mereka yang
hatinya condong kepada Allah.
Seseorang
yang bertaubat harus berkeluh kesah, menyesal dan menangis. Bila orang lain
merasa tenang dari azab Allah, maka hatinya tidak akan merasa tenang dan selalu
dihantui oleh rasa takut bahawa taubatnya tidak diterima. Bila orang lain
merasa tenteram, dia tidak pernah berhenti menangis tersedu-sedu.
Bila orang
lain beristirehat dengan tenang, dia tidak bosan merintih sampai tubuhnya
menggigil. Bila dia mengingat besarnya dosa dan kesalahannya, kesedihannya
makin menjadi-jadi, api nuraninya makin membara, air matanya bercucuran,
nafasnya tersengal-sengal, dan terasa sesak kerana dadanya terasa terbakar. Dia
telah membulatkan tekad untuk berlumba-lumba menghadapi hari esok. Dia
meremehkan segala urusan dunia agar mampu melalui shirath (jambatan) yang
berada di atas neraka jahanam dengan secepat kilat.
Berdasarkan surah An Nur : Ayat 31 :
…..dan
bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Buat Bekalan
Bersama
Berfikiran
Positif dan Optimislah Anda
Bila Suatu
Hari Nanti Semua Urusan
Terlihat Amat
Buruk , Kerana Hal itu Merupakan Petanda Akan Datangnya Hari Lain Yang Dekat
Waktunya, Yang Semuanya Dipenuhi oleh Kegembiraan dan Keceriaan.
No comments:
Post a Comment