Goodies yang sesuai di Majlis Perkahwinan
Apabila berbicara tentang perkahwinan, salah satu perkara
yang perlu disediakan sebagai tanda ingatan dan penghargaan pada para jemputan
adalah “Goodies”.
Sebut sahaja tentang “Goodies”, mesti bakal pengantin di
luar sana pening memikirkan apakah goodies yang sesuai dan manfaat untuk para
jemputan. Semasa majlis perkahwinan saya, pelbagai cadangan difikirkan kerana
saya lebih suka jika goodies yang disediakan memberi manfaat dan boleh
digunakan untuk para jemputan dan bukan nya sekadar memberi dan akhirnya barang
tersebut tidak dapat digunakan.
Disini saya ingin berkongsi senarai goodies yang sesuai
untuk majlis perkahwinan. Sebelum itu, bakal pengantin perlulah menentukan
kepada siapa goodies tersebut hendaklah diberikan mengikut buget bakal
pengantin. Apa yang penting jangan membazir dan hendaklah berbelanja mengikut
kemampuan. Seperti majlis di negeri Johor, kebiasaan kami akan menyediakan dan
mengasingkan goodies kepada tetamu seperti di bawah.
Jenis goodies yang
diberikan juga berbeza mengikut kategori seperti dibawah.
1. Ahli
blok yang bergotong royong
2. Saudara
Mara
3. Teman
Rapat
4. Keluarga
pengantin
5. Para
jemputan
Senarai goodies yang menjadi pilihan semasa majlis perkahwinan
saya adalah seperti di bawah. Bagi yang masih mencari, mungkin ini dapat
membantu dalam pencarian goodies yang bersesuaian.
2. Tuala
Mandi
(istemewa khas buat saudara mara)
3. Makanan
ringan
(kerepek, gula-gula,coklat,dodol)
4. Cawan
(Mark)
5. Kuih
Tart
6. Bakul
buluh
7. Perfume
kereta
Memandangkan saya adalah orang johor, saya mencari goodies
ini di Ayer Hitam, Johor. Bermacam-macam barang ada dengan harga yang
berpatutan. Bagi goodies (tuala mandi), saya beli di Nilai dengan harga RM
10.00/sehelai. Bagi saya, ia nya murah dan berpatutan kerana kain nya yang
tebal dan boleh dikatakan seperti tuala hotel tapi dengan syarat perlu membeli
secara pukal atau banyak.
Untuk yang ingin kan kelainan, bolehlah bagi goodies “perfume
kereta”. Jika membeli kuantiti 300 unit ke atas, harga seunit jatuh pada
RM 4.00 jika hendak dibandingkan harga dipasaram RM 10.00 seunit. So, bagi
sesiapa ingin membeli bolehla hubungi pembekal ini Saiful : 0193382300
Untuk yang berminat memberi goodies dodol yang
merupakan menu tradisional boleh la berhubung dengan Nurul Faizah di talian 0129944423
Dengan serba sedikit perkongsian ini, saya berharap dapat
membantu bakal-bakal pengantin diluar
sana dalam pencarian goodies yang sesuai.
Salam Bersua Kembali
No comments:
Post a Comment