LoveIsCinta

LoveIsCinta

Thursday, 22 September 2016

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.


Antara kebaikan lain susu kambing ialah:
  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.

Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:
  • Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  • Membolehkan penggumpalan darah
  • Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  • Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  • Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  • Mengawal degupan jantung
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan


Virus Zika kini menjadi bualan dunia yang kini  telah memasuki ke Malaysia. Ancaman zika ini amat berbahaya terutamanya bagi wanita yang sedang mengandung kerana  ianya boleh menggangu pertumbuhan bayi dalam perut.

Kes pertama berlaku apabila seorang wanita yang pulang daripada singapura disahkan positif virus zika. Sebelum kes ini, kebimbangan jelas semakinmeningkat dalam kalangan rakyat malaysia ekoran penularan kes zika di negara-negara jiran.

Kerajaan negeri Johor telah mengambil langkah mempertingkatkan kawalan di enam pintu masuk sebagai langkah berjaga-jaga.

Gejala Virus Zika  adalah seperti demam, sakit-sakit sendi, konjungtivitis (mata merah), dan ruam. Gejala-gejala penyakit Zika dapat menyerupai gejala peny
akit dengi dan chikungunya, serta dapat berlangsung beberapa hari hingga satu minggu.

Penyebab Virus Zika


Virus Zika disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes yang terinfeksi.
Nyamuk ini menjadi terinfeksi setelah menggigit penderita yang telah memiliki virus tersebut. Nyamuk ini sangat aktif di siang hari dan hidup serta berkembang biak di dalam maupun luar ruangan yang dekat dengan manusia, terutama di area yang terdapat genangan air.
Walaupun jarang, virus Zika dapat ditransmisikan dari seorang ibu ke bayinya.
Virus Zika berkemungkinan ditularkan dari seorang ibu hamil pada janin di dalam kandungannya. Dapat pula bayi tertular pada waktu persalinan.Hingga saat ini, kasus penularan virus Zika melalui proses menyusui belum ditemukan sehingga ahli medis tetap menganjurkan ibu yang terinfeksi untuk tetap menyusui bayinya.

Selain itu, terdapat beberapa laporan virus Zika yang penularannya terjadi melalui tranfusi darah dan hubungan seksual.

Pencegahan Virus Zika

Mencegah gigitan nyamuk adalah salah satu tindakan pencegahan awal yang bisa membantu Anda terhindar dari infeksi virus Zika.

Beberapa langkah pencegahan yang bisa dilakukan saat berada di daerah yang terjangkit virus Zika, antara lain:
  • Memastikan tempat yang Anda tinggal memiliki pendingin ruangan atau setidaknya memiliki tirai pintu dan jendela yang dapat mencegah nyamuk masuk ke ruangan.
  • Gunakan kelambu pada tempat tidur jika area yang Anda kunjungi tidak memiliki hal di atas.
  • Gunakan baju dan celana berlengan panjang
  • Bayi yang berusia di bawah dua bulan tidak diperkenankan menggunakan bahan penolak serangga ini sehingga Anda harus memastikan agar pakaian bayi dapat melindunginya dari gigitan nyamuk.
  • Gunakan juga kelambu pada tempat tidur bayi, kereta dorong bayi, dan gendongan atau alat pengangkut bayi lainnya.
  • Perhatikan tubuh anak yang berusia lebih dewasa saat mengaplikasikan bahan penolak serangga. Hindari area tubuh yang terluka atau sedang mengalami iritasi, area mata, mulut, dan tangan.
  • Pilihlah perawatan, pencucian, atau pemakaian pakaian serta peralatan yang menggunakan bahan dengan kandungan permethrin. Pelajari informasi produk dan instruksi penggunaan mengenai perlindungan yang diberikan. Hindari menggunakan produk ini pada kulit.
RESEPI SAMBAL JAWA @ SAMBAL TOTOK

Sebut sahaja sambal jawa atau lebih dikenali sebagai sambal totok, semestinya sedap dimakan bersama nasi panas sebagai pembuka selera.

Biasanya sambal totok ini sedap dimakan bersama sayur bening @ lebih dikenali sebagai sayur masak air.

Sambal totok ini mudah disediakan. Jom, saya kongsikan bersama resepi sambal totok :-

Bahan-Bahannya

15 biji cili ( saya lebih suka guna cili kampong)
3 biji bawang merah (kecil)
2 biji bawang putih.
1 genggam ikan bilis.

Cara penyediaan

Semua bahan seperti di atas di goreng terlebih dahulu. Tujuan digoreng adalah bagi memudahkan semua bahan-bahan ditombok menggunakan lesung batu. Saya lebih suka menggunakan lesung batu. 

Ala-ala Cara tradisional gitu.

Setelah digoreng, kesemua bahan tersebut hendaklah ditumbok dengan lumat.
Siap untuk dimakan bersama nasi panas dan sayur.

Mudahkan dan cepat.

Selamat Mencuba.




Tempahan Dewan Untuk Majlis Kahwin.

Bagi yang ingin mencari dewan untuk majlis resepsi, terutamanya bagi yang tinggal di kawasan lembah klang, di sini saya ingin kongsikan senarai dewan yang boleh ditempah . Sebelum itu, sebaik-baiknya, contact dan survey tempat terlebih dahulu. Berikut adalah tempat-tempat yang pernah saya survey semasa ingin membuat majlis resepsi perkahwinan saya.

Kawasan cyberjaya - 0126500601 / 0173593075
Tempat
Kadar sewaan
Lain-lain caj
Dewan Tun Cancelor

RM7,000.00 (8hours + 4hours installation day)
Meja + 10 kerusi banquet bersarung                                           RM80.00 per set
Meja Banquet + skirting                                                                                RM80.00 per unit
Meja Penyambut tetamu + Skirting                                 RM80.00 per unit
Meja Makan Beradap + Skirting                                                                 RM80.00 per unit
+
Audio system   
Stage lighting
2 Unit Multimedia Big Screen     
VVIP lounge (Bilik Persalinan pengantin)
Surau (muslimin & muslimat)
Tempat letak kereta percuma                   
Caj kerja pembersihan                                                                  RM200.00
Caj kawalan keselamatan                                                             RM400.00
Caj juruteknik audio & Multimedia                                         RM400.00 (optional)

Dewan Raja Fi Sabilillah, Cyberjaya

RM4,500.00 (8hours + 4hour installation day)
Dewan MultiPurpose

RM4,500.00 (8hours + 4hour installation day)
DEWAN SEKOLAH SMK PUTRA PERDANA, PUCHONG

RM1000.00 (8hours + 4hour installation day)
 
Semenyih :
Tempat
Kadar sewaan
Sunway Resort Club, Jalan Sunway Semenyih
RM 1,400.00
Dep : RM 1000.00


Dewan Putrajaya :

Boleh layari laman web :     https://spt.ppj.gov.my/  

Bakal pengantin bolehlah layari laman web perbadanan putrajaya seperti dinyatakan bagi tujuan tempahan dewan. Dinasihatkan agar tempahan dewan hendaklah dibuat satu (1) tahun lebih awal kerana dewan di putrajaya cepat penuh . Almaklumlah ramai anak-anak pegawai kerajaan ingin kawin di Putrajaya.

Antara senarai di atas, tempat pilihan semasa saya membuat resepsi majlis perkahwinan, saya memilih dewan Sunway Resort Club, Semenyih. Salah satu faktor adalah kerana dekat dengan rumah mentua dan pada masa itu itu la satu-satu dewan yang masih kekosongan kerana dewan di Putrajaya semua telah penuh. Tempatnya sangat menarik bila majlis dibuat pada waktu malam.




                     APA SUMBANGAN KITA TERHADAP IBU BAPA


                      Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan 
                      taati.Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam 
                      Quran dan Hadith. Mengecilkan hati, melawan atau 
                      mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka. 
                      Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan 
                      tidak akan mencium bau syurga; meskipun banyak beribadat 
                      kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang 
                      derhaka kepada ibubapa. 

                      Dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa 
                      keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua 
                      ibubapa. Ini bermakna jika ibubapa suka kepada kita, Allah 
                      turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan 
                      berkecil hati kepada kita, Allah turut murka kepada kita. 
                      Pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah 
                      tentang perangai ibunya yang suka meminta-minta 
                      kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu 
                      dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta 
                      malahan dalam dirinya sendiri ada hak kedua ibubapanya. 
                      Jelas ibubapa mempunyai hak terhadap apa saja yang ada 
                      pada kita. 

                      Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala 
                      kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga setelah 
                      dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan penuh 
                      kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka 
                      berkorban apa saja untuk kita. Tetapi setelah kita besar dan 
                      boleh berdikari, sanggupkah kita mengecewakan hatinya. 
                      Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, 
                      maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi 
                      mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa 
                      dibalas oleh Allah tunai semasa di dunia lagi. Contohnya, jika 
                      kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. 
                      Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak 
                      kita akan derhaka kepada kita pula. 

                      Nabi Muhammad saw pernah bersabda: 

                           "Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan 
                           ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu 
                           syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah 
                           menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke 
                           dalam neraka." 

                      Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. 
                      Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di 
                      dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh sebab itu, 
                      kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. 
                      Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan 
                      sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia, 
                      selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping 
                      mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan 
                      seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan 
                      bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut. Inilah sahaja 
                      bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan terhadapnya. 

                      Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi saw: 

                           "Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka 
                           yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja 
                           bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. 
                           Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang 
                           menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak 
                           ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak 
                           akan memberikan keampunan sedikitpun 
                           kepadanya." 

                           "Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa 
                           tidak akan masuk neraka. Dan anak yang derhaka 
                           kepada mereka tidak akan masuk syurga." 




Goodies yang sesuai di Majlis Perkahwinan

Apabila berbicara tentang perkahwinan, salah satu perkara yang perlu disediakan sebagai tanda ingatan dan penghargaan pada para jemputan adalah “Goodies”.
Sebut sahaja tentang “Goodies”, mesti bakal pengantin di luar sana pening memikirkan apakah goodies yang sesuai dan manfaat untuk para jemputan. Semasa majlis perkahwinan saya, pelbagai cadangan difikirkan kerana saya lebih suka jika goodies yang disediakan memberi manfaat dan boleh digunakan untuk para jemputan dan bukan nya sekadar memberi dan akhirnya barang tersebut tidak dapat digunakan.
Disini saya ingin berkongsi senarai goodies yang sesuai untuk majlis perkahwinan. Sebelum itu, bakal pengantin perlulah menentukan kepada siapa goodies tersebut hendaklah diberikan mengikut buget bakal pengantin. Apa yang penting jangan membazir dan hendaklah berbelanja mengikut kemampuan. Seperti majlis di negeri Johor, kebiasaan kami akan menyediakan dan mengasingkan goodies kepada tetamu seperti di bawah. 

Jenis goodies yang diberikan juga berbeza mengikut kategori seperti dibawah.

1.  Ahli blok yang bergotong royong
2. Saudara Mara
3. Teman Rapat
4. Keluarga pengantin
5. Para jemputan

Senarai goodies yang menjadi pilihan semasa majlis perkahwinan saya adalah seperti di bawah. Bagi yang masih mencari, mungkin ini dapat membantu dalam pencarian goodies yang bersesuaian.

1.  Bekas Air dan tuala kecil
2. Tuala Mandi 
(istemewa khas buat saudara mara)
3. Makanan ringan 
 (kerepek, gula-gula,coklat,dodol)
4. Cawan (Mark)
5. Kuih Tart
6. Bakul buluh
7. Perfume kereta



Memandangkan saya adalah orang johor, saya mencari goodies ini di Ayer Hitam, Johor. Bermacam-macam barang ada dengan harga yang berpatutan. Bagi goodies (tuala mandi), saya beli di Nilai dengan harga RM 10.00/sehelai. Bagi saya, ia nya murah dan berpatutan kerana kain nya yang tebal dan boleh dikatakan seperti tuala hotel tapi dengan syarat perlu membeli secara pukal atau banyak.

Untuk yang ingin kan kelainan, bolehlah bagi goodies “perfume kereta”. Jika membeli kuantiti 300 unit ke atas, harga seunit jatuh pada RM 4.00 jika hendak dibandingkan harga dipasaram RM 10.00 seunit. So, bagi sesiapa ingin membeli bolehla hubungi pembekal ini Saiful : 0193382300
Untuk yang berminat memberi goodies dodol yang merupakan menu tradisional boleh la berhubung dengan Nurul Faizah di talian 0129944423

Dengan serba sedikit perkongsian ini, saya berharap dapat membantu bakal-bakal pengantin  diluar sana dalam pencarian goodies yang sesuai.

Salam Bersua Kembali





Apakah itu cinta?
 
Berbicara tentang Cinta, Cinta sejati tidak 
memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai.
Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan
selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
 
 
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.
Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu
sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik
kepada yang dicintainya itu penuh emosi
dan gembira kerana itu.
 
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam
cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan
yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk
mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang
menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta.
Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan..
cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi
keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin
hidup yang bersih dan penuh taqwa.
 
Sifat Cinta
 
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.
Sifat cinta itu sempurna.
Jika tidak,cinta akan cacat.
Itulah cinta sebenar cinta.
Untuk mengetahui dengan lebih dekat,
kita perlulah tahu sifat-sifat cinta
 
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak 
manusia itu lahir ke dunia.
Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula 
dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih 
dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,
maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat 
tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni 
serta putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari
diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang
dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai
dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal
balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi
juga menerima.
 
 
 
Cinta Itu Mempersonakan
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta
itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagai-
mana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum
pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya
comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat
cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila
bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya
dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan
menodai cinta itu sendiri.
Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu 
walaupun seorang yang bijaksana,
akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu
dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika
anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
 
Apakah itu Bukti Cinta?
 
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa
bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa
saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak
berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
 
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua
yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda?
Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan
anda?
 
 
      "Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu
      membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap
      sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
 
                              - Saidina Umar Ibnul Khattab -
 

 
 


AIR MATA TAUBAT ADALAH AIR YANG PALING SUCI

Gembiralah dengan hidup ini
Kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia
Sebagai hamparan untuk setiap kebaikan

Allah Subahanahu wa Ta’ala mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri. Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba.
Bertaubat adalah mencuci hati dengan air mata dan membakarnya dengan kobaran api penyesalan. Bertaubat adalah pembakaran dalam hati, pengekangan nafsu, keluhuran di dalam hati dan titisan air mata. Kunci istoqamah mereka yang hatinya condong kepada Allah.
Seseorang yang bertaubat harus berkeluh kesah, menyesal dan menangis. Bila orang lain merasa tenang dari azab Allah, maka hatinya tidak akan merasa tenang dan selalu dihantui oleh rasa takut bahawa taubatnya tidak diterima. Bila orang lain merasa tenteram, dia tidak pernah berhenti menangis tersedu-sedu.

Bila orang lain beristirehat dengan tenang, dia tidak bosan merintih sampai tubuhnya menggigil. Bila dia mengingat besarnya dosa dan kesalahannya, kesedihannya makin menjadi-jadi, api nuraninya makin membara, air matanya bercucuran, nafasnya tersengal-sengal, dan terasa sesak kerana dadanya terasa terbakar. Dia telah membulatkan tekad untuk berlumba-lumba menghadapi hari esok. Dia meremehkan segala urusan dunia agar mampu melalui shirath (jambatan) yang berada di atas neraka jahanam dengan secepat kilat.

Berdasarkan surah An Nur : Ayat 31 :

…..dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Buat Bekalan Bersama
Berfikiran Positif dan Optimislah Anda
Bila Suatu Hari Nanti Semua Urusan

Terlihat Amat Buruk , Kerana Hal itu Merupakan Petanda Akan Datangnya Hari Lain Yang Dekat Waktunya, Yang Semuanya Dipenuhi oleh Kegembiraan dan Keceriaan. 


STRATEGI PEPERIKSAAN
Saya adalah seorang Student, Pekerja dan pada yang sama adalah 
seorang  isteri. 

Apabila sebut tentang peperiksaan, degupan jantung mula berdenyut 
laju. 
  
    Semperna hari peperiksaan hampir tiba, ingin saya kongsikan bersama  strategi cemerlang peperiksaan.

    Peperiksaan Sebagai Satu Proses ‘Mind Setting’Sangatlah Penting....
   Aku Boleh Berjaya....Jangan Takut Pada Peperiksaan, Anggaplah Ia  Sebagai Satu Ujian....Hidup Mesti Diteruskan... 

Sebelum Menghadapi Peperiksaan kita perlulah ada persediaan 

     1.   Persediaan Mental
            - Menyerah kalah sebelum berjuang
            - Merasa belum bersedih
            - Harapan Ibu Bapa yang tinggi
            - Berfikiran positif

     2.   Latihan Minda
       
          - Duduk di kerusi
          - Tarik Nafas dalam-dalam
          - Percaya pada diri sendiri
          - perasaan yakin
          - Buat latihan minda

      SEDIKIT PENCAPAIAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA TIADA LANGSUNG

SALAH ATAU BETUL TIDAKLAH PENTING

Ø  SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA USAHA
Ø  KEGAGALAN ATAU KEJAYAAN SEBENARNYA ADALAH SAMA
Ø  RAMAI YANG TAKUT PADA RISIKO LANTAS TIDAK SANGGUP BERHADAPAN DENGAN KEGAGALAN.
Ø  KESILAPAN ADALAH ANAK TANGGA KEJAYAAN

SELAMAT MENCUBA, SEMOGA BERJAYA